Minuman protein tinggi serat dengan kebaikan bahan-bahan terpilih seperti Beras Perang, Oat, Guarana, Biji Kopi Hijau, Ekstrak Hoodia dan Chia Seed untuk membantu penurunan berat badan yang berkesan. * Beras perang bagus diamalkan oleh individu yang mengamalkan diet rendah kalori kerana ia mengandungi mineral Magnese, Selenium dan Fiber yang bagus untuk mengawal paras kolesterol. Beras perang bertindak sebagai serat mudah larut yang sangat baik untuk menyerap lemak/ kolesterol LDL di dalam darah.
*Beras perang juga kaya dengan Vitamin B1, B2, B6, Zat Besi, Fostat, Kalsium. Mineral Magnese sangat penting untuk kesihatan.
(1 cawan beras perang = 88% magnesium utk tubuh). Ia membantu mengekalkan berat badan yang ideal, mengawal sistem saraf dan mengawal paras kolestrol badan. Selenium & Fiber : Anti kanser. Menurunkan kolestrol dalam badan. Baik untuk wanita menopause bagi menjaga jantung dan darah tinggi, mengurangkan penyakit kencing manis jenis
2. * Pengambilan beras perang yang mengandungi kandungan Glicemic Index (GI) yang rendah akan menyebabkan penghadaman karbohidrat lebih perlahan berbanding pengambilan nasi putih biasa. Ini akan membantu mengawal pengeluaran gula dalam darah serta menstabilkan kandungan gula dalam badan.
* Beras perang mengandungi kandungan serat mudah larut yang membantu untuk menyerap air di dalam usus bagi memudahkan pembuangan najis dan mengelakkan berlakunya sembelit. Ini mendorong kepada kolon dan sistem penghadaman yang sihat.Selenium juga dipercayai dapat mengurangkan risiko penyakit seperti barah, penyakit jantung dan artritis. Selenium adalah mineral penting yang berupaya meningkatkan imuniti dan ketahanan badan.
*Oat mengandungi serat yang membantu memperlahankan kadar penghadaman nutrien dalam makanan. Ia boleh membantu mencegah masalah ketidakselesaan perut seperti sembelit dan buasir. Oat juga mengandungi Beta-Glukan yang mampu mengurangkan kadar kolesterol di dalam badan. Kandungan Protein, Vitamin B dan Omega 3 yang ada pada oat terbukti baik untuk kesihatan dan kecantikan kulit.
*Kopi hijau mengandungi asid klorogenik yang merupakan antioksidan yang kuat. Sesetengah penyelidikan menunjukkan bahawa asid klorogenik dalam kopi hijau sangat bermanfaat untuk kesihatan tubuh badan. * Kopi hijau boleh meningkatkan metabolisma (penukaran kalori dan oksigen kepada tenaga). Metabolisme tidak hanya untuk mencerna penghadaman tetapi metabolisma juga menentukan seberapa baik semua sel dalam fungsi badan, termasuk jantung, paru-paru, buah pinggang, hati, dan otak. Kopi hijau mengandungi banyak faedah untuk kesihatan manusia seperti membantu dalam menurunkan berat badan, anti- kanser, mengurangkan beberapa gejala kognitif penyakit Alzheimer dan dapat menurunkan tekanan darah.
* Guarana mempunyai kandungan antioksidan yang sangat tinggi. Antioksidan adalah sangat penting untuk meneutralkan molekul berbahaya yang disebut radikal bebas. Molekul ini boleh berinteraksi dengan bahagian sel di dalam tubuh dan menyebabkan kerosakan yang berkaitan dengan penuaan, penyakit jantung, kanser dan penyakit lain * Guarana juga membantu menggalakkan penurunan berat badan. Guarana adalah sumber yang kaya dengan kafein di mana membantu untuk meningkatkan metabolisma anda sebanyak 3-11% dalam masa 12 jam. Peningkatan metabolisam yang lebih cepat dan tinggi bermakna badan akan membakar kalori dengan lebih banyak. * Guarana telah digunakan selama berabad-abad sebagai rawatan perut semula jadi untuk merawat masalah pencernaan seperti cirit-birit kronik dan sembelit. * Guarana mempunyai sifat anti-cirit-birit kerana ia kaya dengan tanin atau antioksidan yang berasaskan tumbuhan.
* Hoodia adalah tumbuhan seperti kaktus berbunga yang tumbuh di Gurun Kalahari di Afrika. Hoodia Gordonii kini digunakan sebagai makanan untuk menurunkan berat badan. Ia mampu menyekat selera makan dan mengurangkan jumlah kalori yang dimakan sehingga membakar lemak tubuh yang tersimpan.
* Chia Seed berasal dari Sage (salvia hispanica). Chia berasal dari perkataan yang bermaksud kekuatan. Benih chia digunakan untuk meningkatkan imunisasi dan tenaga tubuh.
*Berat : 500gm * Campurkan (20gram) bersama 100ml air. Kacau dan sedia untuk diminum.
Bahan-bahan Susu skim, krimer bukan tenusu, Dextrose, Chia seed, Guarana, Ekstrak Kopi Hijau, Ekstrak Malt, Serbuk Koko, and Ekstrak Hoodia. Mengandungi perisa yang dibenarkan dan agen pelikat sebagai perapi makanan yang dibenarkan.